Friday, 14 October 2011

wELcome to 4th yEar !!




http://pczap.blogspot.com/2011/10/guidelines-for-forth-year-medical.html




 wELcOMe to New yEAR!!!


4th year schedule ^_^ (ade liquid paper.biasanya jarang salin jadual kt kertas A4,kertas kecil2 je pastu selit kt kotak pensil

may Allah bless us, friends..continue our journey in jihad~
16 Oct, insyaallah

want to read my first article on PERUBATAN? here ;)
atau kalau lambat loading, blh baca ktsini here (da lama  da tak menulis artikel yg formal, tiba-tiba k.farah call minta buat artikel, n dia kata dia akan edit la nt..takut saya..da la kempen besar..huhu..ok2 ..regenerate ourself..yeeehaaaa, callo2!!

trivia~ Ust Harun Din kata Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menguap. Baginda jauh dari gangguan syaitan, sebab tu kita disuruh tutup mulut, nanti masuk syaitan >> penyakit malas..wallahu'alam

Menarik untuk dibaca: Ilmu Bahtera nabi Nuh

Tuesday, 4 October 2011

Cara Buang Kutil dan "Blackhead" [Tips Kulit Licin]


Assalamualaikum semua

dalam kesempatan masa yang ada ini, hehe, memandangkan 2, 3 hari ni agak sibuk..(esok will board flight to egypt), ...bla..bla..saya nak update la sket blog ni..tak nak biarkan blog ni terus kusam dan tidak diimarahkan..hewhew..tapi banyak2 sebab tu yang paling utama sekali sebab benda ni jarang diketengahkan, i mean yang kutil la..coz orang yang kerja kat rumah saya tu, dia ada kutil di bahagian mata..apa la kutil ni kan..emm..hehe..kutil ade banyak jenis sebenarnya benda ni..google images la kalau nak tahu macam mana bentuk kutil ;)

Kutil boleh tumbuh kat mana2 sahaja; muka, leher, kemaluan, bla..bla..
sakit?? tak..kutil tak sakit..kalau yang berakar umbi dari daging tu, maybe la sakit..

Cara buang kutil:
1) letak getah dari buah betik muda (kalau banyak sangat kutil, tak berkesan, tapi cuba la dlu camne, nak try berkesan ke tak)
2) guna Collomax cream (beli kat farmasi, tapi da ade jenama lain, ok, tengok no. 3 ye ;))
3) Verrumal- guna dalam 7 hari, insyaallah tanggal sendiri. Verrumal ni made in German
4)sapu kapur makan
5)Laser surgery ;) bolehla jumpa doktor-doktor (dermatologi) kat hospital..tanya kalau guna petua je ke boleh tanggal@perlukan laser..sebab kalau sikit2 je kutil tu, macam tak berbaloi la kan..kalau nak cepat, bolehla..

Semalam saya pergi Alamanda, kat Putrajaya..ada 1 produk tu memang nak buang blackhead, tapi..ish2, mahalnya..1 botol kecil RM!50..jenama dia in2 ke, em tak pasti, sebab bila da dengar "ye cik, yang ni RM 150" sambil tunjuk benda tu dalam beg kecil lut sinar terus saya mengalihkan pandangan..huhu..(kalau kerja nanti, bolehla I beli, tapi kalau tak pasti kesan dia & jenama dia pun I tak penah dgr, baik tak payah sebab kalau jadi komplikasi2 lain camne? nak cari produk lain pulak? huhu..no way ;)

Dulu tak tau pun blackhead tu ape, yang mane, sebab saya jenis yang tak kisah benda-benda ini..sampailah satu masa tu, saya balik Kelantan, sebab nak ikut satu program symposium of history taking kat USM..balikla saya, naik AirAsia..ok2...stop2..tu cter lain...ape tadi, haa, turun je saya dari kereta sewa airport tu..waaa..cantiknya Kota Bharu, da lama da saya tak datang kat sini..area2 muda osman, stesen bas..saya kat maahad muhammadi dulu, selalu shopping kat sini..selalu balik kampung naik bas..bawa beg besar...huhu..tetapi sekarang, waaa banyaknya bangunan, sedar tak sedar saya da empat tahun tak gi bandar K.Bharu..kueh2 kat KB, pasar siti khadijah tu murah-murah..50sen boleh dapat 3 biji kuih goreng ;) (zaman saya la, skg sume benda da naik harga)

haa, camni, saya turun dari kereta sewa airport tu (pak sedara marah, dy kata ambil je la prebet sapu..huhu..manela saya tahu..cam tak nampak prebet pun, lagipun keselamatan la kan ;)) , saya terus masuk ke bangunan yang ada Parkson..masuk je, ade promoter kecantikan mendekati saya.."adik sekolah mana, adik orang luar ke"..bla..bla..pastu dia cakap muka saya ada blackhead..."REALLY??"

sejak dari hari tu, saya pun mengambil tahu la sket2 pasal muka n 1 more, jaga muka, jaga kesihatan tu adalah nafkah kepada diri sendiri dan amanah dari Allah untuk jaga ye ;)

history la pulak...;)

 ok, jom sama2 kita jaga muka..tak kira la perempuan ke laki ke..okey

senarai ni bukan spesifik kepada blackhead, tapi amalkan je la..insyaallah, menjadi..(doa la jugak kat Allah disamping usaha-usaha ni ye ;)

yang pertama: drink WATER
air ni bagus untuk menyegarkan sel-sel dan banyakla..panjang la nak cter..em, semalam kot, tengok ustaz Don cter kt TV al-hijrah, dia kata "kalau kita perhatikan diri kita ni memang macam tanah, perlukan air, hiasan, bla..bla..) banyak la..best ustaz tu..meresap ke hati kalau u all dengar ;)

yang kedua: sleep (tidur)
haa, yang ni saya fail sket..kadang-kadang tidur empat jam, kadang-kadang sampai 10 jam.. memang tak seimbang..so, lepas ni jom kita stabilkan jadual tidur kita ye

yang ketiga: hygiene (kebersihan)
jangan sentuh muka kalau tak basuh tangan

yang keempat: exercise (senaman)
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari

yang kelima: diet (pemakanan)
ambil banyak antioxidant (sayur dan buah-buahan)

yang keenam: facial steam
yang ni kawan kat asrama maahad dulu ajar..saya kalau rajin buat, kalau tak M
da bertahun tak buat, pastu haritu rajin nak buat, buatla sebelum gi kelas farmakologi

yang ketujuh: Teh hijau (green tea)
teh hijau bertindak sebagai antioxidant (baru beli kat Mydin Hypermarket kat Subang Jaya, insyaallah nak try ni)

yang kelapan: Strip (yang ni memang untuk blackhead)
beli nose pore cleansing strips (kao,skinlite,biore dan lain-lain lagi) boleh survey, kot2 ada muslim yang buat, boleh guna yang muslim, saya tak tahu la kalau2 sendayu tinggi ada ke, atau mana2 la @ buat sendiri..macamana?? ambil facial cotton, celup kat putih telur, tampal kat muka..biar sehingga kering dan lihat hasilnya kat kapas muka tu..mesti ada minyak-minyak yang melekat kat kapas tu

yang kesembilan: tengok muka anda sekarang

yang kesepuluh: dengan menggunakan suara yang boleh didengar oleh telinga sendiri, cakap: "sebenarnya saya sangat cantik, tetapi kalau dihiasi dengan akhlak-akhlak Rasulullah, tentu lebih cantik..."

yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa ;)

cases yang takde orang jawab tapi I da publish jawapan

Borang/ Makluman Permohonan Masuk Maahad sekurang-kurangnya 4A 1B, kalau sekolah pilihan hanya 2A 
(Ya Allah, kurniakan Munirah, dapat masuk maahad ;) 

jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin..subhanallah


jom pakat-pakat sebar, ramai yang tak tahu


senyum sekejap tengok gambar ni. sungguh, saya suka kelantan yang aman dan islamik

trivia~kalau balik kampung kat kelantan, ada tulisan subhanallah, alhamdulillah kat tepi jalan..
saya suka post k.chak yang ni
sapa nak tolong PERUBATAN? dana

Friday, 30 September 2011

Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (JAKIM+MAIN)



KENYATAAN MEDIA

YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR

BIN HAJI BAHAROM

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI







1.                   Sukacita dimaklumkan bahawa satu kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia akan diadakan pada 26 dan 27 September 2011 ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kongres yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong xiii Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada  26 September 2011 jam 10.30 pagi.



2.                   Kongres ini adalah yang julung kalinya dianjurkan dan di urus setiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Majlis Agama Islam Negeri yang akan melibatkan kehadiran DYMM Sultan, TYT Gabenor Negeri serta DYTM Raja Muda pada hari perasmian. Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut akan turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.



3.                   JAKIM juga turut menjemput peserta kongres yang dianggarkan seramai 1000 orang adalah seperti berikut :



                     i.        Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

                    ii.        Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan              

                   iii.        Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri                                 

                  iv.        CEO Majlis Agama Islam Negeri                                    

                   v.        Ahli Akademik/ Ketua Jabatan IPTA/IPTS                     

                  vi.        Pengurus Pusat Zakat Negeri                      

                 vii.        Penasihat undang-Undang Negeri                       

               viii.        Pemikir ekonomi / Kewangan                       

                  ix.        Ahli ekonomi/Penasihat Syariah Bank                  

                   x.        Wakil SUK Negeri                                          

                  xi.        Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan

                 xii.        Wakil Jabatan Agama Islam Negeri   

               xiii.        NGO Islam yang berkaitan                           

               xiv.        Agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan

Perdana Menteri                                                     

                xv.        Ahli Perundangan Sivil dan Syariah            

               xvi.        Ketua Hakim Syar’ie                                      

             xvii.        Guru Besar SMAN / SMAR/ SABK     

            xviii.        Jabatan Mufti Negeri         



4.      Pada dasarnya kongres ini diadakan bertujuan seperti berikut;





                             i.        Membincangkan strategi dan peranan yang perlu dilaksanakan  oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk pembangunan ummah;

                            ii.        Menjadi wadah interaksi dan perkongsian pintar antara Majlis Agama Islam Negeri dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah;

                           iii.        Meningkatkan citra Majlis Agama Islam Negeri sebagai peneraju transformasi dan inovasi dalam pembangunan ummah.



5.      Fokus utama kongres ini diadakan adalah sebagai satu langkah bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk merangka strategi secara kolektif dalam menangani suasana globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk menggembleng sumber ekonomi umat Islam secara inovasi dan bersifat globalisasi yang pada masa ini dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri.

6.           Kongres ini akan menjemput Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah Raja Muda Perak Darul Ridzuan yang akan menyampaikan Titah DiRaja bertajuk: Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah. Sementara tiga kertas kerja  yang akan dibentangkan sepanjang kongres tersebut adalah seperti berikut:



i.             Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Ismail bin Haji Ibrahim; Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM bersama YBhg. Prof. Dato’ Mohd. Yusof bin Haji Othman; Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.  

ii.            Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Muhamad Ali bin Hashim, YBhg. Dato Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg. Dato’ Nik Mustapha Nik Hassan; Ketua Pengarah IKIM dan YBhg. Dr.  Abd Malik bin  Awang Kechil; Ketua Pengarah YAPEIM.

iii.           Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah oleh YBhg. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman; Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara dan YBhg. Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa; Timbalan Pengarah Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara.



Secara khususnya pembentangan kertas kerja adalah menyentuh bidang pendidikan, ekonomi dan perundangan yang semua bidang tersebut menjurus kepada memperkasa Majlis Agama Islam Negeri.



7.           Berbanding Kongres lain yang pernah dianjurkan, Kongres ini mempunyai keistimewaanya kerana ia dianjurkan oleh JAKIM sebagai agensi rasmi Kerajaan melibatkan kerjasama seluruh agensi agama terutamanya Majlis Agama Islam Negeri. Selain daripada itu ia akan turut dihadiri oleh Raja-Raja Melayu, Gabenor serta Raja-Raja Muda dan ia belum pernah diadakan sebelum ini.



8.           Saya berharap Kongres ini akan menjadi titik tolak kepada penganjuran program lain secara bersama dengan agensi Islam lain di Negara ini dalam mencari dasar-dasar baru kepada kemajuan masyarakat Islam di Negara ini.



9.           Idea untuk mengadakan kongres ini telah dicetuskan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Md. Nor, Pengerusi LEPAI dalam Mesyuarat LEPAI kali ke-36 pada 03 Mei 2010 yang menyatakan hasrat agar diadakan satu konvensyen untuk melihat fungsi dan peranan Majlis Agama Islam di Malaysia diperkasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah seiring dengan peredaran masa. Ia juga bagi menjawab isu yang timbul kebelakangan tentang peranan Majlis Agama Islam Negeri khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perundangan.



10.       Bagi merealisasikan hasrat ini, Pengerusi LEPAI; YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Md. Nor telah mengadakan sembah maklum ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu  kali ke-224 pada 14 Jun 2011 untuk mendapatkan perkenan DYMM Raja-Raja.



11.       Sebagai agensi yang bertanggung menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di Negara ini, JAKIM berharap Kongres tersebut akan dapat menghasilkan resolusi yang boleh dilaksanakan oleh Majlis dan akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan DYMM Raja-Raja bagi tidakan selanjutnya.



12.       Pada masa yang sama saya berharap Majlis akan menjadi satu institusi di bawah DYMM Sultan yang akan menjadi mercu tanda kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan umat Islam.



13.       Saya berharap masyarakat akan mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang peranan yang dilaksanakan oleh majlis sebagai pentadbir kepada pembangunan Islam di negeri-negeri yang mempunyai kuasa ekonomi dan perundangan Majlis Agama Islam Negeri yang perlu dihormati.



Kongres bincang tingkat citra MAIN gembleng sumber ekonomi ummah

Oleh Hasliza Hassan

hasliza@bharian.com.my

2011/09/22



UNDANG-UNDANG syariah serta program pembangunan umat Islam dalam pelbagai bidang akan dapat diselaraskan apabila persetujuan yang dicapai di peringkat persekutuan dikuatkuasakan atau dilaksanakan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta pihak bertanggungjawab dalam pentadbiran Islam.



Oleh itu, Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia yang akan membincangkan strategi dan peranan yang perlu dilaksanakan MAIN untuk pembangunan ummah yang bakal menjadi landasan ke arah merealisasikan matlamat itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha berkata, kongres yang akan berlangsung selama dua hari itu turut menjadi ruang interaksi dan perkongsian pintar antara MAIN dalam membangun dan mengurus tadbir sosioekonomi ummah.

Selain itu, pertemuan yang mengumpulkan ahli MAIN, ahli muzakarah fatwa, mufti, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), tokoh akademik, pakar ekonomi dan ramai lagi diharap dapat meningkatkan citra MAIN sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan ummah.



“Menjadi harapan kita supaya persetujuan yang dicapai pada kongres ini melalui resolusi dipersetujui dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama negeri. Penyelarasan ini dapat membantu program serta projek berkaitan umat Islam dilaksanakan secara berkesan.



“Apabila ini tercapai, setiap persetujuan dicapai pada peringkat persekutuan akan dilaksanakan oleh negeri secara bersama. Tidak dinafikan apabila ada perkara yang tidak selaras, ia menimbulkan pelbagai persoalan,” katanya.



Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia anjuran JAKIM dengan kerjasama MAIN akan diadakan pada 26 dan 27 September bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis perasmian kongres berkenaan yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 peserta akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Othman berkata, fokus utama kongres ialah untuk merangka strategi secara kolektif supaya MAIN dapat menggembleng sumber ekonomi umat Islam secara inovatif serta berupaya menangani suasana globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat.



Beliau berkata, resolusi yang dicapai sepanjang kongres akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan bagi tindakan selanjutnya oleh MAIN serta pihak berkuasa agama Islam yang lain.



“Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan umat Islam, masyarakat juga perlu bersama berkongsi aspirasi. Oleh itu, melalui satu penyelarasan yang jitu, masyarakat dapat memahami peranan MAIN sebagai pentadbir pembangunan Islam di negeri.



“Banyak perkara membabitkan kepentingan ummah dalam bidang ekonomi, perundangan, pendidikan serta pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila semua pihak berkongsi hasrat serta matlamat yang sama,” katanya.



Katanya, JAKIM berharap Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia menjadi titik tolak kepada penganjuran program lain secara bersama antara agensi Islam di negara ini untuk mencari dasar baru kepada kemajuan masyarakat Islam.



Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah akan menyampaikan titah bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah.



Tiga kertas kerja akan dibentangkan iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah; Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah dan Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah.


Titah Raja Nazrin di kongres (tranungkite)
sumber : JAKIM dan Berita Harian
trivia~ tadi tengok Bicara kat tv al-hijrah (channel 114)..waa..mantapnya profesor-profesor yang bercakap..they delivered the message thoroughly..marvellous!! ;)

Wednesday, 28 September 2011

Do you have unbalanced skin?



Do you have shiny skin with small pores? Or maybe your face is shiny with large pores on your forehead and nose? If the answer to either of these questions is “yes” then instead of oily or combination skin types, your skin may be out of balance.
Unbalanced skin is not really a skin type but a skin condition. It occurs when your hormones are unbalanced; for example during your period, if you start or stop taking birth control pills or if you have been stressed.
An unbalanced skin gets oily but at the same time it reddens easily or loses its natural glow to the point that it can look almost grey.
So what to do? The answer is to try to rebalance your skin. Use mild and oil-free skincare products. Try to find a skin cream with polyhydroxy acids.
Opt for either moisturising or deep cleansing face masks with aloe vera, hyaluronic acid, pentavitin or kaolin in the ingredients. If you can, find a mild exfoliator with jojoba seeds and see a skin therapist for AHA-treatments that stimulate and rebuild your skin’s natural barriers

source: custom yahoo



Riwayat Israiliyyat Menurut Perspektif Islam


Muqaddimah
Kita sering mendengar berleluasanya kisah-kisah Israiliyat di ceramah-ceramah atau pengajian yang dihadiri. Ada kalanya perkara tersebut di luar pengetahuan kita, malah ketika mendengar buat pertama kalinya terus berasa seronok dan terpegun dengan kisah yang diceritakan. Namun, bagaimanakah pandangan agama Islam terhadap kisah-kisah ini? Adakah para ulama' terdahulu menolak daripada menerima cerita Israiliyat?

Asal Kalimah

1. إسرائيليات – kata jama' kepada kalimah إسرائيليةyang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 :

58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Sejak dahulu, mereka dikenali dengan nama Yahudi di samping golongan Nasrani yang beriman dengan Nabi Isa a.s. Allah S.W.T. menyebutkan pada beberapa tempat berkenaan dengan Bani Israel sebagai tanda sifat kebaikan yang ada pada Nabi Ya'kub sehingga keturunannya akan mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan serta meninggalkan perbuatan yang keji dan tercela.

2. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud :
• Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani.
• Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani.
• Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.

Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.


Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat

Pada tahun 70M, masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di kawasan Yathrib, Taima’, Himyar, dan Wadi Al-Qura’. Tetapi orang Arab hanya mengetahui tentang agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila masyarakat Yaman memeluk agama ini hasil dakwah Tubba’ (lelaki yang ingin menyerang Madinah sebelum Islam tetapi telah dihalau) yang membawa bersamanya dua orang pendeta yang menyebarkan ajarannya di sana.

Berbeza dengan keadaan orang Nasrani yang sering ditindas oleh pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum Yahudidan kerajaan Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin menjauhkan diri daripada penindasan yang disebabkan perbezaan agama ini. Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah membuahkan hasil apabila beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah bin Naufal, Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya.

Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan Nasrani) memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain itu, aktiviti perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada masyarakat dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan Ahli Kitab seperti yang banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang memeluk agama Islam setelah jelas dan nyata di hadapan mereka bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah agama yang benar. Namun, ada yang baik Islamnya sedangkan sebahagian yang lain menjadi munafiq, sebagai dalang kepada kaum Yahudi dan musyrikin dalam menghancurkan Islam dari dalam.

Perselisihan antara dua kelompok ini (Muslimin dan Ahli Kitab) tidak terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi dialog antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah seorang muslim memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan : Tidak, sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam, dan pelbagai lagi yang menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Tetapi, Nabi S.A.W. pada waktu itu berperanan sebagai orang tengah yang memperjelaskan keadaan sebenar kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan ini. Perkara ini berterusan pada zaman para sahabat apabila mereka bertindak sebagai pihak rujukan masyarakat pada ketika itu setelah wafatnya baginda S.A.W.

Pada zaman tabiin pula, pendustaan dan pemalsuan banyak berlaku kerana menurut hawa nafsu sehingga menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di kalangan para tabiin (asal Yahudi atau Nasrani yang memeluk agama Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam meriwayatkan sesuatu, sehinggakan bukan kisah Israiliiyat sahaja yang diriwayatkan bahkan khurafat dan dongeng yang tidak mempunyai sandaran. Faktor lain yang membantu penyebaran ini ialah dakwaan mereka yang mengatakan para sahabat dan tabiin berkeinginan untuk mengetahui semua perkara daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Ibnu Khaldun menyebutkan dalam kitabnya, “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah disebabkan dua perkara :

1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf.
2. Sifat manusia yang ingin mengetahui semua perkara.

Di samping itu, kisah-kisah ini tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam yang seterusnya menyebabkan ia terus ditulis dan diceritakan kepada orang ramai.


baca lagi di MANHAL 


trivia~
Chronic stress can have a negative impact on immunity, according to a 2004 review of 293 studies with a total of 18,941 participants. The review suggests that while short-term exposure to stressors can rev up your immune defense, prolonged stress may wear down the immune system and increase your vulnerability to illness.

Tuesday, 20 September 2011

Eh, I was in hospital ;)




8/8 1st day: know about department, staff

 9/8 2nd day: Library

10/8 3rd day: join a talk on mental healthiness at UPM ( talk delivered by three doctors from other hospital )

11/8 4th day:  talk on “Missing Bone” by orthopaedics specialist, prepared myself to enter operation theatre, but...huhu..i don’t know how to scrub my hand..i didn’t know how to open that pipe...ok..Tell u..i was awkward. This is first time..ok,, then i remembered the Korean medical drama, New Heart..the surgeon will kick the bottom of iron sink. Not kick. However, gentle than kicking. Huhu..so i did..wow.surprised..the water came out splashingly..alhamdulillah. Then i followed the instruction on how to scrub the hand. (htere was an article on the wall..but to read..it consumed time. Awkward.. Really..then i didn’t know how to take out the fluid soap from the bottle..uh..really..killing me..i thought it was not my time. also the OT shirt that i wore got wet at the end of the shirt arm..only few centimetres then to enter. I just observed the operation about few seconds through small glass window (the square one)..

12/8 5thday: hurray, today I entered OT;) Alhamdulillah..i reported myself to the head nurse and the surgeon. The surgeon will do total hip replacement surgery. ( I was not planning to go there, but just went to changing room, then asked the doctor (HO@MO) that also came to change clothes for surgery to join them;). 2nd OT, i wanted too, but the all  robes (robes-like that prevent us from radiation, i didn’t know what it was called) wore by doctors and surgeons, so no more robes left for me ..the surgeon registered to do surgery was only Dr. H, but his friends came. I mean Dr. H’s friends were also surgeon so they did surgery together, about two friends kot..diorang saje..lepaking tapi also helping la sambil berbual...so, the HO only did observing like me too..hehe ( I thought they were serious like in dramas, but no..Here they also had chit-chat too..hehe..no stress..siap gurau2 lagi dalam OT.

15/8 6th day: studied at home

16/8 7th day: Library. Take some contacts. I just met some medical students from..em this time, I forgot. Myb from Cyberjaya Medical College kot.

17/8 8th day: holiday (Nuzul Quran )

18/8 9th day: OT. Urology 9am till 11.20am (urinary stone case) Ophthalmology  OT 12-2.00pm (cryptophthalmus case)

19/8 10th day: absent. Overslept

22/8 11th day: today was the first day at Cardiology department. Library

23/8 12th day: Library (studied on ECG)

24/8 13th day: Cardio Clinic..I was “attacked” by many questions..Felt dumb. uh. What is....How to diagnose...??bla..bla.bla....Have u learned about heart sound? Come here. Try to listen. Me: no doctor, i not learned yet.. Doc: that’s ok..i’ll put the diaphragm (stethoscope) on his chest..Me:ok....Dr: u heard the sshhruuu...dup...shruuu dup?? It is aortic valve regurgitation...Me: oh, i see ;)

Tip for female doctor: please do not twist your scarf/shawl tightly. That complicated fashion of hijab... Coz when you want to put ur stethoscope dekat telinga, susah sangat..i took few seconds to adjust my shawl here..huhu.(nasib baik doktor India ni sabar, baik, lembut dan gentleman ;) 

25/8 14th day: Procedure room. Observed echocardiogram

26/8 15th day: Absent. Overslept

29/8-------------4/9 at village.......celebrated Raya Eidulfitri.....................................

5/9 16th day: Rehabilitation department. (Include Physiotherapy)

6/9 17th day: Absent. Overslept & Feeling not well

7/9 18th day: Observed some patients. Took history

8/9 19th day: Library. Treatment room. As usual, took history of back pain patients, stroke.

9/9 20th day: Library. same. but always got something new. Every patient was different. Autism, slow learner, etc..etc ;)

12/9 21th day: Rehab. I Observing some patients. “Escaped” to medical ward (two patients, one was pulmonary TB + myeliodiosis, one more emm forgot already)..hehe;)

13/9 22th day: Library. Got Cerebral Palsy patient (I jotted down my experience handling this case previously)

14/9 23th day: Library. Read some about stroke rehabilitation. The book was seriously boring. No pictures, no tables, no graphics..so, I read another book and slept. It was common here to see nurses slept, MO slept, I slept..HO?? emm, not sure..so i just imitated them..

15/9 24th day: Hospital Auditorium. ATalk on Cardiopulmonary Resuscitation. The anaesthetist Mrs. R went on a meeting in Penang. They discussed about some latest issues regarding CPR (the updated one).The talk was marvellous!! Like..like..like

16/9 25th day: it was my last elective posting day..but i sacrificed it to Malaysian..You must thanked me. Ade-ade je. Padahal memang cuti pun..1 Malaysia. I like the song by Ernie and the yellow hair man..ape la..nyanyi lagu Malaysia, butt, what happen to their hair??? Kalau I, I malu nak nyanyi lagu Malaysia, tapi rambut oren..tak sah mandi wajib..for sure, lainla kalau pakai inai kan, tapi inai mestilah remeh sedikit..but, may i ask u, what is the benefit that you can get by colouring / dye..eh dying? Your hair?? RM 15o kot kalau colour..pastu, nak mandi wajib pun susah..kena potong rambut dulu ke?? Nvmd~

Finish writing..tomorrow will go to Ampang Puteri to see dentist..
I want to throw out my adik bongsu there..ehh, no, gigi bongsu...i asked my mom, kenapa Allah jadikan gigi bongsu kalau tiada fungsi? The dentist that i met before, i mean today( yeah, penat ni baru balik) at Al-iSLAM Specialist Hospital Kuala Lumpur said that gigi bongsu tiada fungsi..betulkah? Ia mungkin akan mengganggu gigi-gigi kakak dan abang yang lain..em..wondering~

Ignore my overslept. It was good enough to do elective posting almost a month.ye tak?? Hehe..On 1Malaysia day, I felt relieved. True. I really meant it..;)


Simple writing shared with you. ;)


Assalamualaikum







click to donate=)