Saturday, 28 August 2010

Nikah Khitbah Satu Alternatif ~ Pendapat Dua Tokoh

assalamualaikum semua. harap sihat selalu. senyum sikit..no..not that fake smile..smile..smile..smile :)


Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
 
Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.
 
Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!



Agenda Ramadhan adalah melahirkan ketaqwaan dan rasa takut kepada Allah S.W.T. Saidina Ali mentakrifkan takwa sebagai ; Takut kepada Allah yang Agung, Beramal dengan apa yang diturunkanNya, Redha dengan kurniaan yang sedikit dan bersedia menghadapi Hari Perpindahan (hari Qiamat).

Proses mendapatkan ketakwaan dalam bulan Ramdhan ini dengan kita bersungguh melaksanakan ibadat kepadaNya. Maka aktiviti tadarrus Al-Quran, bertarawikh, Qiam dan tazkirah adalah proses untuk melahirkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Perkara yang paling penting adalah selepas melalui madrasah Ramadhan ini, apakah perlaksanaan yang sepatutnya dilakukan oleh hamba bagi membuktikan kejayaan tarbiyyah itu tad?. Sepatutnya agenda mengubati masalah masyarakat adalah agenda utama sebagai bukti kejayaan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Sungguh mendukacitakan, sepanjang Ramadhan ini media massa begitu istiqamah menyiarkan berita pembuangan bayi di seluruh tempat di Malaysia. Melaka menjadi kawasan popular tempat berlakunya pembuangan bayi. Seakan-akan masyarakat kita kembali ke dunia jahiliyyah.

Semua pokok permasalahan ini merujuk kepada didikan nilai kepada masyarakat semasa. Masyarakat sudah hilang nilai akhlaknya, sudah hilang identiti Islamnya. Cinta songsang menjadi pilihan, pembunuhan anak tidak berdosa adalah tafsiran kepada rosaknya nilai dan budi masyarakat. Semua kes ini berlaku dalam kalangan remaja lebih-lebih lagi remaja yang berpendidikan di universiti.

Dalam konteks USIM sebagai universiti Islam, sudah sampai masanya USIM menjadi peneraju kepada solusi masalah ummat. Perlaksanaan idea kepada penyelesaian masalah ini perlu diorganisasikan dan tadbir urus dengan bersungguh-sungguh dan cermat. Jika melihat suasana masyarakat kampus USIM, sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu bagi mengubat penyakit yang parah dan berjangkit ini.

Penyakit yang parah yang dimaksudkan di sini ialah penyakit cinta tanpa ikatan sah, ikhtilat yang mulai bermaharajalela, pertemuan lelaki dan perempuan dalam keadaan berdua-duaan, lelaki dan perempuan berada dalam kereta berpasangan, lelaki dan perempuan berbonceng menaiki motorsikal sehingga kadang-kadang membawa kepada peristiwa penangkapan khalwat di rumah sewa, mengaku berzina dan pelbagai lagi peristiwa yang mengaibkan kepada kita warga universiti.

Perhatian! Jika inilah masalahnya, adakah cukup dengan melarang mereka tanpa memberi apa-apa jalan penyelesaian untuk membantu mereka? Adilkah kita tidak befikir untuk membantu menyelesaikan masalah mereka?

Masalah hawa nafsu dan kemaruk cinta ini perlu disalurkan kepada tempat dan tindakan yang halal. Maka di sini cadangan terbaik ialah nikah khitbah.

Nikah khitbah adalah resolusi yang dicadangkan selepas perbincangan 10 NGO di peringkat pusat. Maka USIM perlu bertindak proaktif menjayakan resolusi ini.

Sesungguhnya, USIM adalah tempat berkumpulnya sejumlah besar pelajar aliran agama di Malaysia. USIM merekodkan jumlah mahasiswa terbanyak yang mengambil pengajian jurusan agama. Asas agama yang ada pada mahasiswa perlu dimanfaatkan secukupnya supaya mereka bertindak mengikut syariat juga.

Nikah khitbah adalah pendekatan fiqh yang memudahkan urusan perkahwinan. Ia bertujuan memberi ruang kepada pasangan itu bersedia untuk memasuki alam kekeluargaan yang sebenar. Perkahwinan ini begitu ideal untuk pasangan yang sukar dan tidak berkemampuan memegang tangunngjawab yang besar menyara kehidupan berkeluarga. Hak-hak memberi nafkah, menyediakan keperluan dan duduk bersama digugurkan dalam tempoh perkahwinan ini. Namun demikian rukun-rukun perkahwinan kekal diikuti tanpa apa-apa pengurangan.

Justeru, alangkah indahnya jika permasalahan sosial yang berlaku kepada masyarakat kampus USIM diatasi dan dibanteras menggunakan kaedah perkahwinan khitbah ini. Mahasiswa hanya perlu meminta kebenaran wali untuk bernikah tanpa perlu memikirkan tanggungan untuk isteri yang dinikahinya (mahasiswi).

Si suami (mahasiswa) tidak perlu pening berfikir untuk membahagikan wang biasiswanya untuk isteri (siswi). Kerana bukan dalam tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh ini (nikah khitbah).

Si suami juga tak perlu kalut mencari rumah sewa untuk tinggal bersama, kerana mereka diberi kelonggaran untuk tinggal berasingan. Maksudnya, yang berada di Desa jati boleh kekal berada di Desa Jati, manakala yang berada di Sutera indah kekal berada di Sutera Indah. begitu juga yang berada di Anggerik, Desa Kasia, Akasia dan Nilam. Kekallah kalian di tempat tinggal kalian tanpa perlu berpindah randah.

Apa yang menarik, apabila mereka berkahwin dengan cara ini, mereka tanpa perlu segan-silu untuk bertemu secara berdua-duaan di mana sahaja mereka suka. Mereka boleh duduk berdua-duaan di perpustakaan berbincang dan belajar. Mereka boleh bertemu di kedai makan dan makan bersama-sama. Malah boleh berjalan-jalan beriringan ke mana sahaja, jika mahu berdua-duaan di dalam kereta, silakan skuad AMAN tidak akan melarang dan membantah, malah bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian berdua.

Bahkan, jika kalian terlanjur sekalipun, kalian sebenarnya sudah halal untuk berhubungan, tiada masalah lagi. Kalian bukan lagi berzina tapi kalian sedang menuruti sunnah yang besar iaitu berkahwin. Maka keberkatan yang besar untuk kalian. Jika hamil sekalipun, tiada cercaan yang dikenakan, sebaliknya keluarga di kampung menyambut dengan kesyukuran. Kerana kalian telah menyambung nasab keturunan yang sah. malahan kalian pasti bangga menjadi ayah dan ibu muda untuk anak kalian.

Maka indahnya jika suasana halal dan soleh ini tercipta di bumi USIM tercinta ini. Bantulah mereka yang memerlukan ini. Bantu dalam sudut memberi penerangan, garisan syariat yang perlu dipatuhi dan cadangan serta nasihat yang terbaik supaya mereka memilih cara ini bagi menghalalkan hubungan mereka.

Malahan jika berkewangan, bantulah dari segi menyalurkan sedikit kewangan kepada mereka, supaya mereka kuat dan bersemangat menghadapi dunia baru dan mencabar, iaitu dunia perkahwinan. Saya pernah dengar, UIA menyediakan penginapan dan kewangan khas untuk pelajar yang berkahwin. Alangkah indahnya jika USIM juga melakukan perkara berkebajikan seperti ini.

Sedang berkhayalkah saya dengan segala cadangan ini? Atau saya sedang mimpi bagaikan bulan jatuh ke riba. Tapi saya yakin ini adalah mimpi soleh untuk perjuangan yang soleh. Tak tegar lagi hati ini melihat kemungkaran mulai masuk sedikit demi sedikit ke bumi tarbiyyah ini. Bumi USIM jangan dikotori dengan maksiat. Saya tidak sekali-sekali redha jika ini berlaku.

Ayuh kita organisasikan agenda ini. Kita susunkan ia. Tanzimkan ia. Jelas matlamatnya untuk dakwah kepada insan-insan di bumi USIM. Biar tahu erti cinta soleh, perkahwinan yang berkat dan kehidupan yang halal. Jangan biar mahasiswanya berijazahkan syariah tetapi menjadi musuh Allah. Takrif halal dan haram sudah sebati di mulut, tapi hatinya bergelojak dengan hawa nafsu jahat yang membunuh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Salurkan kepada tempat yang syara' nescaya fitrah itu membantu ke arah keberkatan hidup.

Saya cuba melopori tuntutan ini, tuntutan untuk nikah khitbah. Tetapi bukan bermaksud saya yang memulakan perkahwinan, tapi sebagai pendesak kepada jemaah, organisasi dakwah dan tarbiah di bumi USIM, baik MPP atau SPMM. Cuba cetuskan syariat ini, jadikan ia satu fenomena dakwah di bumi USIM. Biar bersinar syariah Allah di bumi USIM. Ini proposal saya kepada kalian. Minta dibahaskan.
Bersabda nabi S.AW. : "Wahai sekalian pemuda, Jika sesiapa dikalangan kamu mampu berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya (perkahwinan) ini menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Jika tidak mampu, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya (puasa) itu adalah ubat.

P/s : Ini adalah terjemahan idea yang dicetus oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di alamat blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/








  • antara komen2 dari rakan facebook~








    • setuju dengan bersyarat.. Syarat kematangan, kesediaan dan banyak lagi..bukan kahwin untuk nafsu semata..





    •  justeru itu ana cadangkan ia diorganisasikan dan ditadbir urus.. biar masyarakat USIM memahaminya dgn erti kata sebenar..ia perlu mengambil masa utk difahami bersama





    • pro & kontra...bab kata pepatah arab :
      ركود الماء يغسده وفرغ الشاب يقتله
      " Air yang statik akan merosakanya..masa kosong bagi pemuda membunuhnya ".
      Nikah yang di cadangkan adalah satu penyelesaian yang baik bagi menanganni masalah...tp sebenar...nya punca msalah adalah waktu yang kosong yang tidak di isi dengan sumber Ilmiyyah yang sepatutnya...


      seseorg yang sentisa memikirkan stdy tidak akan terjerumus ke dalam lembah tersebut..melaikan mereka rasa jemu,bosan & sebagainya untuk mengisi waktu lapang yang ada...
      bukan juga masalah maksiat..tetapi JIHAD mereka melakukannya...bayangkan dari kolej kediaman wanita & lelaki adalah jauh..tetapi JIHAD mereka mengharunginya untuk berjaya melaksanakan JIHAD CINTA MAKSIAT mereka...




    • Cadangan nikah khitbah ini baik..namun seperti yg d nyatakn oleh rakan fb yg lain, perlu mencari punca d mana silapnya n perlu ambil kira kematangan dlm mendirikan rumah tangga...tangungjawab besar tu dik..lbh2 lg jika dikurniakan zuriat..kite tidak boleh menafikan keadaan ini ianya fitrah bg pasangan suami isteri..sokongan kuat keluarga mmg sangat2 perlu in case dua2 masih kuliah..pasti akan melibatkan aliran dana drpd ahli keluarga n jemaah...kalau setakat 20 @ 30 pasang suami isteri..InsyaAllah jemaah bleh tanggung lg..tp kalau dah beribu2 pasangan n zuriat sampai 2 @ 3 & masih kuliah..berat gk..YA mmg benar rezeki akn ada gk utk anak tu tp drp mana..ya mmg drp Allah..tp melalui siapa????????...isu pembuangan bayi, berpunca drpd diri individu itu sendiri..punca jauh drp nilai agama, akibat lalai!!...dlm konteks di USIM insyaAllah masih dlm keadaan terkawal. . .




    •  life is never black and white...cuma jangan idealistik sampai menyalahkan mereka yang bernikah khitbah, andai itu yang terbaik untuk mereka berbanding risiko zina dan buang anak yang berleluasa kini..tarbiyah boleh bermula selepas nikah..cuma mekanismanya perlu kerjasama dan komitmen semua..persoalannya, anda mahu menyertainya atau tidak





    •  tubuhkan Unit Baitul Muslim di USIM... ^_^







    • Ni pula komen seorang sahabat yg tak dpt ditulis -

      salam..ini sekadar pndpt..
      dr segi positifnye mmng nikah khitbah ni bgus sgt2 utk elakkn drpd b'lakunye p'kare mksiat y smkin b'leluase ni..tp kne nilai juge dr segi kesediaan pasangn n kluarge msing2..mslh akn tmbul bilamna pasangn nikah khitbah ni dkurniakn anak..sape y akn mmelihara n mnjg ank mrk sdangkn ibu bapanye tnggl b'asingn n sisuami tu plak xbkrja lg?nk hntr kt rmh atuk@nenek mrk n smpai bile atuk n neneknye tu nk mnjgenye?nnti silap2 ank tu dh xknl n xnk lngsung ngn mak ayah mrk..sape y ssah..cian kt ibu y mlahirkn tu..
      tp ia juge mrpakan slh satu usha n ikhtiar utk mmbndung p'kare mksiat drpd trus parah...pucuk pangkalnye kesediaan n p'setujuan phak2 td..n mrk kne lh fikir ngn smasak2nye utk wt kputusan..
      nk bndung p'kare mksiat bkn k'ja mdah..sdngkn mrk y lahir drpd glongn y baik2 pn blh terjebak..


      ini juge dpt mnilai sjauh mne tahap keImanan sseorg muslim tu n pengaplikasian ilmu agama y tlh dplajari sedari kcil..jnji Allah juge y mngatakn org y berIman pn xkn t'lpas dr diuji olehNya..
      ~wallahu a'lam~ 




    • ni komen kak min dlm blog - S
      alam...

      Tidak di nafikan ini adalah satu jalan penyelesaian yg baik bg mereka2 yg benar2 faham agama...tp bagi yg kurang arif atau jauh drpd nilai agama, mungkin mereka akan menjadikan ini satu jalan mudah bagi m...enghalalkan hubungan..bimbang kejahilan ilmu rumahtangga d kalangan pasangan muda menyebabkan lebih banyak kes penceraian...bergegar aras bila talak di lafazkan..Allah juga tidak menyukai penceraian.

      Kaedah ini bergantung kepada individu itu sendiri, ianya baik bagi mereka yg benar2 faham agama...manakala bagi yg kurang arif..mungkin mendatangkan permasalahan..contoh nasib ibu-ibu muda dan anak yg tak terbela setelah penceraian berlaku..

      Sebagaimana yg kita tahu, kes2 pembuangan bayi banyak berlaku di kalangan remaja yg hidupnya tidak bersendikan agama, berbanding remaja yg cukup didikan agama namun tenggelam di hanyutkan oleh badai cinta, gelodak nafsu juga hasutan syaitan laknatullah kerana lupa akan batasan yg telah ditetapkan oleh syariat..

      Ini sekadar pendapat..boleh di terima atau dibangkang...

      Wallahua`lam 





    • ni komen kak erma -
      Salam,

      hanya sekadar pendapat.
      kadang-kala perkahwinan boleh menjadi cara penyelesaian yg baik cuma,masih ada cara lain yang boleh dipraktikkan.
      ...
      kalau mereka ini berkahwin,pasti mereka akan mempunyai nilai tanggungjawab(akhlak baik)?

      Cuba fikir,mereka yang senang2 mempamerkan keaiban/kejahatan dengan 'berdating dsb' ini ada tanggungjawabkah??

      mereka yang punya nilai tanggungjawab untuk sesebuah rumahtangga tidak akan luntur nilai akhlaknya,

      maka dari mana datang akhlak?sudah tentu dari akidah yang teguh serta ikut syariat yang betul...

      maka kesimpulannya,

      mereka ini harus diperteguhkan dengan tauhid serta syariat dulu sebelum memasuki alam 'tanggungjawab'

      hak Allah tak selesai lagi,agak2 hak manusia akan terbayar?

      perkahwinan bukan penyelesaian,apatah lagi khitbah,

      ia sebuah permulaan tanggungjawab.





    • ni komen Si Pengemis Iman -
      salam..
      alhamdulillah..ana myokong usaha akhi utk memulakn dkwh ini..
      percepatkn dan usahakn dgn segera krn ana sndiri dpt melihat angin baru yg mula melanda usim..dikhuatiri ada warga usim yg akn myumbang kpd perma...salahan yg sdg hangat diperkatakn skrg..
      mencegah lebih baik dr mengubati..
      smntara ia bru btunas eloklah segera dicantas sblm tunasnye mula berbunga..







    • terdetik hati... andai perkara ini berlaku, adakah isu kahwin n cerai akan smakin berleluasa....?

      berkahwin skadar utk mnghalalkan yg haram...

      tiada rasa tanggungjawab... apabila sudah bosan, cerai...
      ...
      na'uzubillah..

      sebenarnya, kita perlu belajar mendidik n menguruskan emosi...

      ketidakstabilan emosi sewaktu tumbesaran itu normal,

      tapi menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mendidik, menguruskannya n menghalakannya ke jalan yg benar...

      mungkin isu untuk membanteras zina,cara ini mungkin berkesan...

      namun, bagaimana pula dgn generasi yg selepas ini... khuatir isu nikah n cerai menjadi suatu perkara yg di buat main... atau dijualbeli...

      nikah satu malam... nikah untuk setahun... ish, nau'zubillahiminzalik....

      jika tak mampu, mujahadahlah...

      nikah itu tanggungjawab, bukan sekadar tempat untuk melampiaskan nafsu!

      -sekadar pandangan-

      wallahua'lam..





    • kerana hidup ini ada fitrah, selagi kita menurut fitrah, ALlah akan bersama.. jangan melepasi hudud Allah dan tidak melnggar syara'..cukup ia membantu...




    •  bicara soal nikah.. ramai yg suka... tp perlaksanaannya, ramai yg kecut perut... lari~










    • komen dari Anonymous dlm blog -
      masyarakat PERLU melihat perkahwinan itu satu yang berat.bukan ringan...berat dari segi tanggungjawab..


      sebelum melaksanakannya kena tahu dulu tujuan perkahwinan ni..

      ...mungkin antara faktor yang nta ulas adalah kerana gejala sosial yang berleluasa dan perbuatan zina yang tidak dapat dibendung..

      tetapi...cuba nta fikir...adakah perkahwinan yang nta mahu syorkan hanya semata-mata unutk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan?

      jika itu tujuannya,maka hanya itu yang akan kita peroleh..

      perkahwinan hanya unutk memberi cop halal unutk 'hubungan'
      bukan untuk melahirkan generasi soleh solehah....

      ini malaysia,bukan keperluan pelajar2 di luar negara yang menuntut kepada keselamatan seperti di Mesir dan sebagainya.

      kesian ibu bapa,xdpat rasa lagi anak-anak menanggung mereka ketika di usia emas..

      Misi Usim xhabis lagi...

      sy tak rela masyarakat yang sebelum ini tidak pernah kenal nama USIM pun tiba-tiba terkenal kerana mahasiswa2nya yang cepat berkahwin(untuk elak zina),bukan kerana kegemilangan serta keizzahan mahasiswa-mahasiswi usim itu sendiri...

      Jika kamu masih tidak mampu,bersabarlah....
      nilai kesabaran itu kelak dihapuskan jika pelaksanaan ini dianjurkan




    • komen dari fazarez fauzi dlm blog - Salam Ramadhan,

      Post yg menarik. Memanglah setiap perkara ada pro n contranya. Sebagai seorg muslim, perlulah menimbang manfaat melebihi kemudharatan. Krn syariat dtg utk mencari maslahah dan menolak mafsa...dah (جلب المصالح ودرء المفاسد)

      Saya menyambut baik saranan penulis dgn melihat fenomena yg berlaku skrg. Drpd hubungan cinta terlarang terjalin dgn melahirkn lbih bnyk yg haram, lebih baik ambil cinta yg halal biarpun ada sedikit kekurangan dan keburukan berbanding yang haram. Berpaksikan qaedah fiqh jika bertembung 2 mafsadah, ambillah yg plg ringan (إرتكاب أخف الضررين).

      Adakah anda rela melihat usim dilimpahi maksiat
      Ini adalah 1 alternatif. Hr ini org melarang tanpa memeberi jaln penyelesaian. Inilah 1 permasalahan. Anda rela melihat rakan2 dibuang u hanya kerana cinta yg x halal. dicemuh masyarakat, dibuang keluarga etc..

      Menurut pendapat penulis, jdkn usim sbg pelopor berkaitan perkara ini memandangkan kita membawa imej Islam adalh cdgn yg baik.

      Memetik kata2 seorg lecturer FPQS, di usim xda susana nikah ketika belajar spt di UIA. Bnda sebegini ptut disemarakkan. Sy ykin ada shbt dikalangan anda suma yg sudah berkahwin swaktu belajar. Sengsarakah hdup mereka? Kebulurkah mereka? Xdpt studykah mereka?

      Berkata ustaz tersebut lagi, menurut hadis yg shohih(x ingt matan), 3 golongan yg Allah cnfirm akan tolong, antara slh satunya, orrg yg berkahwin krn ingin menjaga maruah(hati) mereka dr bergelumang maksiat. Usah bohong jika muda remaja x pernah memikirkan soal ini.

      Setuju dgn penulis, bhw hr ini org memeberatkan perkahwinan, sehingga mereka mengambil jln mudh mencari yg haram.

      Sy rs x slh jika nikah khitbah ini dianggap seolah hanya utk cater mslh 'hubungan suami ister' krn itulah solution permasalahn yg kita cr skrg dlm masyarakat.Jikalau sekalipun penulis menganggap bhw pernikahan hanya utk mendapatkn 'hubungan' tersebut shj, bg sy tdk ada salahnya. Krn takrif pernikahan dlm kitab fiqh sendiri pn menyebut bahawa Nikah itu adlh "aqad yg membolehkan berseronok(hubungan suami isteri)" عقد يتضمن إباحة استمتاع

      Mohon maaf atas kekhilafan. Ini adlh pndpt peribadi, blh dicadang @ dibangkang..p/s: jikalau hal ini menjadi 1 keprluan dn bknnya kehendak, sy rela menjadi org 1 yg menyahutnya.



trivia¬apa ertinya kita menganut Islam? Kita mesti muslim dari sudut akidah, ibadah, akhlak, berkeluarga, mampu mengawal diri dan mesti yakin bahawa masa depan di tangan Islam..

saya kata: bagus juga nikah khitbah ni, satu alternatif kepada sesiapa yang nak bercinta.em? :p... Apa kata kawan-kawan kat blog pula ? 

 **this is another source~ baru terjumpa..tajuk sama, tetapi kandungan dan isi lain. let's take a look  
http://ustaznazmi.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

Monday, 23 August 2010

better memory + napping + rest

G25    T26             G61    T62
           D24        I27         N60        I63
          G23          T28       G59          D64
            D22       T29         D58        F65
             K21     K30           A57      P66
              D20   E31             D56    E67
              F19   L32             V55    F68 
              L18   G33             E54    L69   
              S17   T34             N53    T70 
              F16   V35             I52    M71
              A15   M36             M51    M72
              E14   R37             D50    A73
              K13   S38             Q49    R74
              F12   L39             L48    Q75
              E11    G40            E47   
             A10      Q41           A46  
            I9         N42        E45
           Q8            P43    T44
          E7              
         E6  
         T5 
        L4   
       Q3             
      D2
A1 
 
 
 
assalamualaikum semua,
cuba teka, ape simbol di atas ( nombor2 yg disusun mejadi sesuatu yang amat bermakna .. hehe )
 
For a quick and easy boost to your brainpower this weekend, pull down the shades, close your eyes, and catch some daytime ZZZs.
People who take daytime naps outperform non-nappers on memory exercises. And, surprisingly, a mere 6 minutes of shut-eye is enough to refresh the mind.


The Shut-Eyes Have It
> How does a quick catnap power up your thinker? Seems the mere act of falling asleep triggers a brain-boosting neurobiological process that remains effective regardless of how long you snooze. 


3 More Ways to Fight the Fog
> Go ahead. Make like a battery and recharge. And while you're at it, here are a few more ways to sharpen your wit:


Becoming a lifelong learner can make your RealAge as much as 2.5 years younger.


Becoming older and wiser may be especially easy for people who nap regularly.
A recent study of men between the ages of 55 and 85 revealed that taking an afternoon nap enhanced cognitive function not only immediately after the nap, but throughout the next day as well. Naps can be especially healthful for people who aren't getting a proper amount of sleep at night.


Many people experience a dip in energy levels in the afternoon and find it difficult to concentrate. Some of that dip may be due to a lack of quality, restful sleep. Many older people do not get the requisite 6 to 8 hours of sleep per night to maintain optimal health. Poor sleep habits are sometimes to blame. To get the most out of your snooze time, keep a regular sleep schedule; avoid stimulants, such as caffeine, close to bedtime; perform strenuous activities, such as exercise, during early day hours; and designate a cool, dark, quiet room as your regular sleep area. Often, an underlying medical condition is at the root of sleep problems, so it's important to see your healthcare provider if you suffer from chronic daytime sleepiness.


Rasulullah pun selalu mengamalkan tidur di siang hari. 26 minit tu da cukup untuk segarkan balik badan kita. Lebih2 lagi bulan puasa. Selamat menjalani ibadah puasa semua :)

trivia¬ insyaallah, saya akan pulang ke Malaysia. Nenek da rindu.  :)
After looking at 3,369 men, the study found only 2% of 40- to 79-year-olds qualified as having male menopause. 
sangat terkejut dengan > klik  __"""___

Saturday, 21 August 2010

diet@exercise?

You don't have to starve yourself to get that perfect, fat-free frame. In fact, you shouldn't.
Because even if you lose weight through dieting alone, your body won't burn fat any easier. To rev up your fat-burning engines, focus less on how often you empty your plate and more on how often you fill your walking shoes.

Fat Burning and More
When a group of sedentary and overweight older adults recently tested three weight loss systems -- exercise only (mostly walking), diet only, and exercise plus diet -- there was no question about the results. When it came to fat burning, the walkers won hands down over those who simply watched what they ate. The bodies of the people who strutted their stuff used more fat to fuel their activity.

A Little Goes a Long Way
Just 30 minutes of daily walking gives you a host of health benefits besides extra fat burning, including more disease protection and better stress stomping.
Exercising regularly, expending at least 3,500 calories of energy a week, can make your RealAge 3.4 years younger.


References
Actively patrolling your health can make your RealAge as much as 12 years younger. Take the RealAge Test  Copyright 2008 RealAge

from yahoo health


insyaallah, klu ade masa nanti, saya nak taip pasal diet yang sihat yang ditulis sendiri oleh pakar pemakanan dari India. ada seorang aktres luar negara tu, dia da amalkan petua diet yang sihat ni. Alhamdulillah, berat die turun dan die semakin sihat dan cergas :)
moga kita mempunyai badan yang sihat untuk terus beribadah dan terus bekerja kepadaNya~



dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 Mukmin. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu (azzariyat:55-56)



trivia¬saya selalu dgr kawan2 yang nak diet ni..kadang2 nak tergelak juga..ade hamba Allah tu kata nak diet (saya tak rapat pun dgn die..hoho) tapi nak minta tolong ambil pinggan pun malas..:p

Tuesday, 17 August 2010

Kenapa Saya Ingin 'repeat' Physio Final Exam 2010

assalamualaikum semua
sihat? ape kabar semua? kalau ada yang sakit2 tu, bersyukurlah, kerana Allah ingat kat awak :)

alhamdulillah, belajar selama lebih kurang sembilan bulan, selepas itu, exam.. kuliah tahun lepas bermula bulan 10, midterm bulan akhir bulan 1 kot, hee lupa..yang pasti, sebelum cuti musim sejuk...

mungkin orang kat luar sana cakap, lama tu 9 bulan study, tidak kurang juga yang cakap, oiiissh cepatnye, da nak naik tahun 3 da..huhu..macam2...tetapi, bagi saya sendiri, 9 bulan itu tidak mencukupi..sangat terasa masa itu berlalu terlalu pantas. Sekejap je, da nak naik tahun 3..

Semasa mula melangkah kaki ke alam universiti, memanglah rasa sangat gembira, rasa matang ( :p ), rasa best, tambah-tambah kat luar negara. Syukur sangat..alhamdulillah

Dulu, saya ingatkan saya dah tak boleh ambil kos perubatan. Iya la kan..persaingan sengit antara pelajar-pelajar lain, yang lebih meletup-letup resultnyer, perlu kewangan yang mantap lagi dan yang paling penting, Biologi SPM saya A2 je..hoho..tidak pernah saya terfikir nak datang ke Mesir..saya fikir USM, UKM, UM...tu je..dan semestinya saya akan pilih kos yang berkaitan dengan inovasi dan sains...[ saya pernah bercita-cita nak g havard dan oxford..nanti phd lah..insyaallah ]

 sekarang ni ramai yang tanya saya, 
1. kenapa awak nak ambil repeat paper? Awak tak boleh jawab ke paper exam tu?

2.lagi, dengan muka sayu, kawan saya cakap, emm buat elok-elok nanti ye

3.ade 2 orang kawan pernah cakap macam ni, ini first time saya dengar ada orang nak menggagalkan diri dia sendiri

4.saya nak menangis sekarang boleh?

5.tolong ganti tempat saya la kalau macam tu

6.eehh, bakpo nok repik nyo, awok ke panda ( eh, kenapa nak repeat, awak kan pandai )

7.oloh mai, ngule berapo kali doh dio ( ye la tu mai, dah mengulang brape kali dah )

8.mai, saya doakan awak

9.aish, rasa semangat sikit exam repeat sekali dgn mai

10.saya tak faham lagi kenapa awak nak repeat paper, sedangkan awak boleh jawab

11.dan macam2 lagi, yang paling kelakar, diorang pegang kepala dan menjerit, arrghh kenapa nak repeat??

menjawab persoalan di atas, saya pun kata macam ni...

saya nak ambil repeat paper dan sengaja menggagalkan diri saya sendiri pada peperiksaan fisiologi lalu adalah kerana:

1-saya rasa saya belajar physio sekejap sangat, mana boleh macam tu, physio ni kena study betul-betul..tambahan lagi, saya amat meminati fisio berbanding subjek2 lain. it is about LOVE :p

2-tahun lepas, selepas exam, saya rasa otak saya kosong..dan sangat malas sebab pada masa itu, dekat2 exam, saya paksa diri untuk study (daftar lewat kuliah tahun lepas..dua bulan lewat, tu yang study kuat tu, selalu main teka2 dgn kawan2, act saya yang selalu tanya2 diorang, menyoal2 diorang..medic is about TEAM )

Dengan jiwa saya yang tak matang dulu, saya malas nak ingat balik apa yang saya belajar. saya tak study balik pun. Insyaallah, cuti ni, nak baca balik tahun 1 :)
( saya tak nak macam ni, nak relax2, ade exam pun relax, tenang...tak nak jiwa jadi memberontak selepas exam..nak relax2 je, tak happy sangat kalau boleh jawab, tak sedih sangat kalau tak leh jawab )

3-elok untuk saya, sebab saya takut saya akan membuang masa pada musim cuti. so, baik saya study..macamana nak push saya untuk study, semestinya dengan exam..so, saya putuskan nak exam repeat.

4-saya boleh bersama dgn kawan2 saya yang kena repeat, dapat tahu ape perasaan dan masalah diorang

5-saya sentiasa belajar, dan belajar..kawan-kawan lepak2..itu menguji keimanan saya..hehe

6-banyak masa saya dihabiskan untuk belajar~jadi saya dalam fatrah jihad..kalau mati pun, pahala syahid..amiiiin

7.akal fikiran saya sentiasa bekerja untuk mengingati sesuatu..so, senangla tahun 3 nanti, saya nak ingat nama2 parasit, microb dan penyakit2 yang pelik2 tu.

8.saya takut kalau saya jawab, saya dapat jayyid ( baik ) je ke, maqbul ( lulus ) je ke..sebabnya saya tak boleh dapat keputusan itu. Yang layak untuk saya hanyalah jayyid jiddan ( sangat baik ) dan mumtaz ( cemerlang )...( bukan saya je, semua orang khususnya sahabat2 seperjuangan saya )..itu saje ye..sebab ape? sebab :

-maisarah ada duit.tipu kalau kata tak boleh beli buku

 -ada kawan2, tipu kalau kata, tak faham dan diam..tanya lah kawan2 kalau tak tahu/ tak faham tentang sesuatu subjek tu. Kawan2 pun jangan kedekut ilmu, itu sangat menyalahi adab seorang penuntut ilmu yang mana orang menuntut ilmu perlu menyebarkannya. :)

--prof  hebat2..seorang prof bagaikan satu perpustakaan..semua benda ingat..kalau betul saya anak murid die,kenapa saya tak boleh nak dapatkan j.jiddan atau mumtaz?

--ada elektik, ada lampu, bilik air, ada meja study, ada meja rendah, ada katil..zaman dulu2, ayah saya tidur atas tilam je, tabib2 guna pelita je, kenapa saya yang menikmati kemudahan2 begini, tak boleh jadi lebih cemerlang..kenapa? saya amat malu dengan ayah saya :( 

--sebab paling kukuh, sebab saya seorang Islam. Islam mesti cemerlang, tetapi kalau ditakdirkan dapat makbul je ke, jayyid je ke, saya tak kisah..sebab saya dah berusaha dan bertawakal ..mungkin kejayaan itu ditangguhkan dulu oleh Allah, tak berjaya sekarang, esok, lusa atau tahun2 akan datang mana tahu kan? ..don't worry man..hehe

-dan banyak lagi sebab lain..kalau tulis, insyaallah akan jadi sebuah tesis..haha
 tapi, saya tak mau dah ambil kertas repeat selepas2 ni...kerana saya terpaksa berkata tidak kepada  program-program anjuran DPMZ, PERUBATAN, dan PMRAM...seperti:

a-tidak hadir KEKAL 2010 ( hari ulangtahun kemerdekaan yang sangat3 menarik jika dibandingkan dengan acara kemerdekaan di Malaysia )

b-tidak menyertai KUNTUM ( keilmuan )

c-tidak menghadiri kelas imam syafi'i di Kaherah

d-kitab hadis yang dibentangkan oleh ust Husni ada lebih dari 200 hadis, saya sempat belajar 30 lebih sahaja sebab nak study..hoho (nanti nak minta syafi'ah terangkan balik pasal hadis2 ni...hehe)

e-baru je tadi, daurah kitab akidah ust mujahid..saya da tertinggal sesi pagi kerana ada exam oral dan praktikal pada pagi tadi. Esok, akan bertolak ke Kaherah, kerana ada urusan penting.

ada lagi kekurangan repeat ni, iaitu orang pandang saya dengan pandangan yang amat pelik..ye la..macam mana top 10 student boleh jatuh ni..hoho..sebab takut jadi apa2 fitnah, saya perlu menjelaskan di blog ini ye..:)

dan yang paling saya tak suka nak buat ialah : terpaksa melukakan hati guru2 saya..mesti dia sedih tengok saya jawab. ye la, saya nak..itu kemahuan saya..saya jawab, letak intro pastu, eh eh, ni tak boleh, nanti markah banyak..jawab sket lagi, aish dah brpe ni aku jawab..eh cukup2..jangan2 jawab lagi..aisshheeh, bagi saya, sangat susah juga untuk men'fail'kan diri..mesti prof kata, aku ajar ape sebenarnya, kenapa murid aku tak faham, ape dosa aku..ohho, mesti prof sangat stress...

pro, saya takkan buat camni lagi, sekali ni je ye :)

 ok sambung~

rugi sangat sebab saya tertinggal semua program ini.
saya akan menyusun balik jadual study dan plan betul2 tahun depan supaya saya rasa da banyak study dan saya lega dan tak kisah untuk mengikuti apa2 program...hehe

so, sahabat-sahabat saya, saya menyeru kalian agar berusaha belajar bersungguh-sungguh dan jangan tiru macam saya. Ini adalah antara kerja gila yang pernah saya buat. Last yang paling dahsyat adalah semasa Ting. 3..hehe..jangan tanya saya buat ape :) Tetapi, saya tidaklah menyesal..hehehe..cuma tu la..program2 tu..rugi sket~


SAY NO TO REPEAT PAPER!!!!






trivia¬saya amat bersyukur. Ayah dan umi sentiasa menyokong saya asalkan tidak melanggar batas-batas syari'at..ayah saya ketawa je dengar alasan2 saya ni semasa saya rancang nak ambil repeat paper hari tu..saya juga sangat berterima kasih dgn sahabat2 saya. Korang tanya tu menunjukkan korang sayang pada saya..hehe. :) sayang korang jugee~

Sunday, 8 August 2010

SEMANGAT !!

assalamualaikum semua...

saya nak bagitahu kat semua orang bahawa saya ingin menjadi seorang yang sentiasa bersemangat..seperti satu ketika dahulu..saya bersemangat! yess!! ada orang kata, saya sangat agresif...bagi saya, agresif bertempat tak jadi masala..yang tak bertempat tu yang jadi masalah :p

saya pelik dengan orang sekarang..kalau tidak bersemangat untuk buat sesuatu @ ape2 lah yang memerlukan pengorbanan, terus mencari mak we@ pak we..dengan alasan utk menaikkan semangat ..( pemikiran ape ni..kt dlm movie, drama pun berlambak yang macam ni )  [macam terdessssak je nak cari motivator-tgk video pasal rakyat Palestin sudaa~~]

Akan lemah ke kita tanpa mak we @ pak we..(tepuk dada, tanya iman)

ya Allah, mengadulah pada tuhan, sahabat2 sama jantina yang boleh dipercayai dan ibu bapa, adik beradik ke..mereka ni insyaallah..best..dan memahami..
saya sendiri kalau stress, dengar nasyid, baca mushaf al-Quran..dan kalau rasa da tak tahan sangat..message umi..hehe..umi saya dan ayah saya tak reti sangat pujuk-memujuk ni..masa sekolah dulu, 2 ayat je selalu diorang kata, 'k.ngah usahalah' @ 'all the best'
tapi, sekarang ni dah pelbagai sikit, seperti  'kejayaan milik angah' n macam2 lah lagi...hehe..my parents esp my dad is an action more and word less person.


untuk menaikkan semangat saya, saya telah menampal ini kat dinding...minta2 lah lagi bertambah semangat, kuat keazaman, dan terus berjuang dalam segala aspek...pelajaran, kerja-kerja persatuan, dakwah, dan sebagainya yang memerlukan komitmen yang tinggi..amin

ya Allah, kurniakan aku kekuatan

saya nak menjadi seorang yang kuat dan tabah..saya nak sahabat2 saya begitu juga~


trivia¬ wahai sahabat2ku, sila tinggalkan kalam taujihad anda kpd saya....:)
Ramadhan kat Mesir memang sangat meriah~ love it


artikel ni da lapuk..tapi berkaitan dgn hukum-hakam Islam yang mungkin selama ini kita tidak perasan @ lupa @ ragu2 @___ *_*

PM Langgar Fatwa,apa komen Mufti

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.


ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”


(http://www.e-fatwa.gov.my/)
Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.
saya kata= sila belajar ilmu agama sebelum jadi pemimpin..hoho..sangat kesal~ :(




~which is the better one? DSLR @ Olympus µ TOUGH-8000 Waterproof Camera

kenapa ramai kawan2 saya suka DSLR? [ nampak macam kamera lapok je..out-dated design..hehe..jgn marah]

saya nak letak lagu nasyid..supaya korang2 yg baca blog ni ingat tuhan...blh @ tak?? hehe :)
                 

Tuesday, 3 August 2010

Malapetaka yang Boleh Menghancurkan Peribadi Muslim 2

assalamualaikum semua....

harap semua sihat...^_*..terima kasih kerana sudi lagi melawat blog saya ni..nak bagi hadiah ni..hehe..tarra!!

:
sile2..hehe...[nsb baik bkn bulan puasa lagi....hehe]

ok2..serius ye...

pada suatu hari, ayah sedang memandu kereta. Saya dan ayah je masa tu dalam kereta..kitorang nak pergi mana entah..tak ingat..oleh sebab kesunyian dan ingin mengisi waktu lapang, ayah saya pun tekan butang, teet...buka radio..tekan2 lagi, sampailah kpd frekuensi 91.5 ..radio ikim..[ masa zaman bile ni, tak ingat....]

semasa tengah syok dengar nasyid2 yang diputarkan oleh juruhebah @ deejay tu, saya pun tak tahu masa ni fikiran saya kat mana..merawang2..selalunya tengok pemandangan di luar tingkap kereta la..sedang syok sorang2 tu, deejay tu pun, berceloteh la..bla bla bla bla bla....tup, dia cakap sesuatu yang pelik.. aik..apesal deejay ni cakap macamni, betul ke ape yang die ni cakap...aku salah dengar ke, ke tengah mimpi ni,....emm..terdiam sekejap

tibe2 ayah saya pun cakap macam ni, (macam marah sket..), em kalu ado deejay hok jenih gini, punoh malaysia ( dialek kelantan ) (  kalau ada ramai deejay yang macam ni, rosak Malaysia )

saya tak kenal deejay tu nama ape..yang pasti..perempuan..hoho

kawan-kawan nak tau tak, apa yang deejay tu cakap?
ok2..sekarang senyum dulu....sampai ke telinga..hehe

deejay tu cakap macam ni lebih kurang : ' kita mestilah berbuat baik dan beramal soleh .. buat kerja dunia dengan brsungguh2..kerja akhirat bersungguh2 juga..kena seimbangkan dunia dan akhirat..50-50'..dunia tu dunia la..akhirat, akhirat la..

ok..sapa setuju angkat tangan..ok..tak nampak..hehe

em macam tu la..yahudi da berjaya kuasai pemikiran kita, wahai muslimin dan muslimat..ada unsur sekular di situ..cuba kita tanya diri kita balik, kita kan tengah bekerja/buat pahala untuk survive akhirat kelak..supaya melepasi  titian sirat tanpa kepayahan, supaya timbangan kebaikan kita lebih berat dari kejahatan...sekarang kita sedang menanam, membaja, berladang di dunia utk akhirat..bukan utk dunia ..50-50..bukan2...kita beramal, buat baik ni utk menambahkan pahala dan mencari keredhaan Allah...

ade yang berjuang menegakkan kalimah Allah, seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, ada yang bekerja berhempas pulas utk menaikkan ekonomi, mencari dana kewangan utk Islam, ( HPA, bank Muamalat ) ada yang menjaga kesihatan para pejuang Allah ( ehemm...insyaallah...), ada yang mereka bentuk bangunan utk dijadikan tempat beribadah kepada Allah, membina sekolah2, bangunan2 utk pelbagai syarikat.  ada yang mereka bentuk cerita2 teladan dan kartun spt upin dan ipin ( ajar anak2 utk berpuasa, hormat org tua dan sbginya), ada yang jadi guru, supaya dapat didik anak bangsa utk kenal pencipta...dan macam2 lagi la..semua ini adalah perjuangan...perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah..yang penting, niat tu mesti betul....niat tu utk berjuang w/pn kita ni kerja pun kdg2 orang tak pandang, tapi Allah pandang~ Allah akan memberi ganjaran setiap apa yang kita buat w/pn kebaikan itu hanyalah sebesar biji sawi ( perbandingan )

sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dgn balasan mereka akan beroleh syurga, mereka berjuang pd jalan Allah, maka di antara merka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan syurga sbg janji yang benar ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat dan Injil serta al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain Allah ? Oleh itu, bergembiralah dgn jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli seperti itu ialah kemenangan yang besar (at-taubah:111)

saya tak berhajat pun nak tulis panjang2..cukuplah sekadar menyedarkan dan membuka minda kita untuk berfikir lebih luas....

sebenarya pemikiran ini telah tersebar luas..buat sesiapa yang bercita2 utk menjadi seorang deejay, mind before u say anything..( sekurang2nya belajar lah..ade diploma syariah pun..alhamdulillah ) (jangan kuat bercakap perkara yang sia-sia )...coz..it will affect people; hurt people, inspire people, danger people,make happy, enlighten life..the most important one is you will create the way of people in thinking...

diam itu lebih baik dari berkata2..diam itu mengelakkan diri dari bertambahnya dosa...

trivia¬ sila jauhi maksiat hati ini...DENGKI 


harga kereta termahal yang pernah dijual di dunia ialah  8.7 juta dolar usd..
 Bugatti Royale Kellner Coupe 

To the world you may be one person, but to one person you may be the world...

sila bagi pendapat ye..sebagai balasan anda selepas menikmati hidangan tadi..hoho [ tak ikhlas betul :P] [ jangan marah..hanya bergurau :) ]

click to donate=)