Thursday 8 September 2011

Top up kena cukai (Malaysia)

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. - BERNAMA

trivia~latest news..so, esok wajib top up banyak2, lagipun upax, expired 2013 ke 2014, lupa plop..yuuhu
walaupun 6%, tapi amatlah bernilai..
duit takkan jadi rm100 tanpa 6o sen okeyy..
banyaknye cukai..cukai kereta, cukai rumah, cukai tanah, cukai makan kat restoran...,cukai...cukai...., top up pun???!!!

-manusia sekarang sangat gila harta sampai sanggup bunuh saudara sendiri, sanggup bunuh adik beradik dan isteri/suami sendiri..inilah yang dikatakan...HUBBUDDUNYA (cinta dunia)--tak percaya? belek surat khabar sekarang.

orang sekarang aiming kumpul duit sebab nak beli:
-kasut jimmy choo, Betseyville..etc
-beg prada, Burberry, Colios, Coccomatto...etc
-make up Guerlain’s KissKiss Gold and Diamonds lipstick, H. Couture Beauty, ..etc
-branded clothes...etc..etc




beli beli juga, kualiti kualiti jugak, tapi kalau da melampau2 harganya, dan tak kena pula dgn sumber pendapatan, tu da dikira membazir....


sesungguhnya bersederhana itu lebih baik kan? takdela diri merana sebab nak lawan kawan baik yang pakai beg  Louis Vuitton..:( 




try tengok ni..ada banyak siri..sekarang da ade yang online

2 comments:

zabed said...

"walaupun 6%, tapi amatlah bernilai..
duit takkan jadi rm100 tanpa 6o sen okeyy.."


kalau rm100, jawabnye kene bayar rm6, bukan 60 sen. sangat mahal

mysa said...

mksdnye, klu ada rm 99.40...klu xde 6osen, xkn jd rm100..
hehe..thx
mmg sgt mahalll!

click to donate=)